Biodata

Image (3)-1-1-1-1-1-2-2-1

Anis Afiqah binti Zuha

No JKR 634-B Kuarters Penjara
Pengkalan Chepa
16100 Kota Bharu
Kelantan

aanisaafiqah@gmail.com

Anis Afiqah dilahirkan di Kota Bharu Kelantan pada tahun 1997. Mendapat pendidikan awal sekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah pada tahun 2004 sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Kebangsaan Mat Kilau, 2007. Beliau kemudian melanjutkan pelajar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Kilau, 2010 dan berakhir di Matrikulasi Negeri Sembilan, 2014. Ketika di sekolah rendah, beliau aktif dalam aktiviti ko-kurikular sebagai ahli Puteri Islam . Beliau juga menjadi pengawas sekolah (2005-2006) dan penolong ketua kelas (2008-2009). Di sekolah menengah pula, beliau pernah menjadi pelajar terbaik GPS dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4 serta menjadi Penolong Ketua Pengawas selain daripada menjadi Bendahari Rumah Merah, Naib Pengerusi Persatuan Geografi, dan Pengawas Sekolah (2011-2014). Ketika menuntut di Negeri Sembilan pula, beliau telah diberi amanah sebagai Ketua Jawatankuasa Peer Assisted Learning Sessions (PALS) sesi 2015/2016. Dengan penglibatan aktif beliau dalam aktiviti ko-kurikular sekolah, beliau telah menerima Anugerah Tertinggi Bijaksana Perkasa pada tahun 2014 . Ketika ini beliau adalah pelajar prasiswaazah dalam bidang Sains Bioperubatan di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan dijangka akan tamat belajar pada tahun 2020.

Advertisements